Pada sesiapa yang berminat dan ingin memilikinya bolehlah contact saya :).Tinggalkan komen atau pertanyaan di ruangan di bawah:
LINKGOLD
"pusat rangkaian di mana info emas dicari"
Tuesday, January 25, 2011
Kenali Emas dari Public Gold International Sdn.Bhd.
Pada sesiapa yang berminat dan ingin memilikinya bolehlah contact saya :).Tinggalkan komen atau pertanyaan di ruangan di bawah:
Sunday, January 23, 2011
AGEN 20K
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202
Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :
i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30
ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44
Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74
Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74
Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.
Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.
Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.
Friday, January 21, 2011
ZAKAT EMAS ( PERNIAGAAN @ SIMPANAN )
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima.
PENGIRAAN ZAKAT EMAS
Zakat Emas dikira dalam dua keadaan:-
Contoh:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf:-
150 gram emas.
Rujukan: http://zakat.com.my/zakat-emas
Wednesday, January 19, 2011
Evolusi Emas, Kaedah Jual Beli & Ar-rahnu
Mengapa ramai sangat orang melaburkan wang mereka untuk membeli emas? Suatu masa dahulu, pelaburan emas jarang sekali kita dengar. Biasanya golongan Hawa membeli emas adalah dengan tujuan untuk perhiasan... dan bila perlukan wang, mereka boleh jual emas berkenaan atau simpan dipajak gadai berhampiran.
Itu dulu... beberapa tahun kebelakangan ini, emas bukan lagi idaman kaum Hawa, malah setiap golongan tidak kira jantina dan status ekonomi telah mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Ada yang membeli emas untuk tujuan perhiasan sambil menyimpan dan ada pula yang lebih agresif membeli dinar emas. Bagi yang lebih berkemampuan, mereka akan memilih untuk memilikki jongkong emas 20g, 50g, 100g dan mungkin 1kg.
Di mana emas boleh diperolehi?
Saya adalah pengedar Emas Public Gold (No Pengedar: A0998) dan PG menawarkan Emas dalam berbagai bentuk serta dengan jaminan kualiti/ketulenan. Untuk melihat sendiri pelbagai produk emas Public Gold, sila layarihttp://www.publicgold.com.my/content/view/31/27/lang,english/
Public Gold menyediakan kemudahan menyemak harga emas semasa di laman web
http://www.publicgold.com.my/component/option,com_frontpage/Itemid,1/lang,english/ . Para pelanggan boleh berurusan dengan pengedar-pengedar PG yang berhampiran atau mendaftar sebagai pelanggan di laman web di atas. Pendaftaran adalah percuma, dan pelanggan boleh membuat tempahan terus secara online dan mengambil tempahan di cawangan PG yang berhampiran.
Walau bagaimanapun, pembelian pada jumlah yang kecil lebih mudah dilakukan melalui pengedar-pengedar berhampiran anda. Mana tidaknya, pelanggan tidak perlu menghabiskan masa untuk bersesak-sesak untuk pergi ke branch yang tentunya melibatkan kos pengangkutan, masa dan sebagainya. Pelanggan hanya perlu mengenalpasti pengedar PG yang berhampiran dan membuat temujanji untuk urusan penerangan atau jual/beli emas. Pelanggan perlu terlebih dahulu menyemak harga semasa emas dan bersetuju dengan harga berkenaan sebelum jual/beli dilaksanakan.
Jika inginkan maklumat berkaitan pelaburan emas, sila email kepada tzudin53@yahoo.com atau hubungi 017-2366085. Saya sedia membantu:-
Anda boleh log harga mengikut harga yang terdapat di laman webhttp://www.publicgold.com.my dan log harga menggunakan portal yang terdapat dalam laman web berkenaan. Sales Order akan dijana serta merta dan pastikan anda mencetak SO berkenaan untuk urusan yang seterusnya seperti rujukan ketika membuat pembayaran dan pengambilan stock. Slip pembayaran samada melalui perbankkan internet, kaunter bank atau mesin ATM perlulah disimpan dan dibawa bersama dengan salinan SO ketika hendak mengambil stock dari branch. Pembayaran secara tunai turut dibenarkan, walau bagaimanapun, anda perlu memaklumkan kepada perunding jualan terlebih dahulu.
Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk membuat tempahan menerusi portal, anda juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas SMS, dengan menaipkan nama. no k/p, email, item yang dikehendaki serta harga semasa dan dihatar ke nombor telefon bimbit branch yang berhampiran. Perunding jualan akan menghantarkan Sales Order menerusi email anda secepat mungkin. Sekiranya anda tidak menerima SO, silalah menghubungi perunding jualan di branch di mana anda mengirimkan tempahan menerusi SMS dilakukan.
Pastikan anda menghubungi branch terlebih dahulu sebelum hadir untuk tujuan pengambilan stock. Ini bagi mengelakkan anda dari menunggu terlalu lama akibat terlalu ramai yang sedang menunggu atau pulang dengan tangan kosong akibat kehabisan stock.
Pilihan ke-2: Membeli Dinar & Emas Pelaburan dari Agen PG yang berdaftar
Cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Anda hanya perlu mengetahui harga semasa dinar dan emas pilihan anda seterusnya menghubungi agen pilihan atau yang berhampiran. Bagi pelabur-pelabur yang membeli dalam kapasiti kecil, kaedah ini adalah lebih menguntungkan dari segi kos, masa dan tenaga. Ini kerana, sekiranya anda ingin membeli 1 dinar terus dari branch, anda perlu pergi ke branch, kena bayar tol dan parking (kereta), kesesakkan lalulintas, cuaca yang panas/hujan, perlu menunggu giliran yang lama, risiko pulang tangan kosong (stock habis) dan keletihan.
Oleh yang demikian, lakukanlah urusan urusniaga dinar dan emas anda menerusi agen sah PG yang anda yakini. Setiap agen mempunyai no agen Public Gold dan anda berhak mengetahui nombor berkenaan bagi tujuan semakan di branch berhampiran. No Telefon branch boleh diperolehi menerusi laman webhttp://www.publicgold.com.my. Mereka ada di sekitar tempat tinggal anda, dan ada di antara agen-agen berkenaan yang mempunyai stock dinar & emas yang membolehkan anda memperolehi emas impian berkenaan dengan lebih mudah dan cepat pada harga semasa. Anda khuatir ditipu dengan dinar & emas palsu, maka pastikan anda mendapat resit rasmi Public Gold dan sekiranya anda ditipu, buatlah aduan di branch PG berhampiran, mereka akan membantu anda. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa anda telah berurusan dengan agen PG yang sah.
So, mengapa bayar lebih, pilihan ditangan anda. Pelabur bijak adalah pelabur yang berhemat.
- Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
- Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu 'fully utilize' SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.
- Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.
Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???
Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.
Kaji senario ini;
Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.
Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.
Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???
Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%
Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% - 13.2% = 11.8%
Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.
Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?
Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.
Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???
Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;
- Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
- Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
- Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
- Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.
Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.








